:: Siapa IKRAMTeens ::





1. Apa itu IKRAMTeens

IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ). IKRAMTeens ditubuhkan pada 12 Disember 2010.

2. Falsafah IKRAMTeens

a) IKRAM – Merujuk kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia
b) Teens – bahasa kontemporari yang merujuk kepada Remaja.


3. Misi

       Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.


4. Motto

“Menyerlah Jauh daripada Biasa”

IKRAMTeens berhasrat melahirkan Remaja yang Menyerlah jauh daripada Biasa, remaja yang sentiasa berkualiti dari aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepimpinannya, Remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya member manfaat yang banyak buat ummah dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, Kreatif, inovatif dan berinisiatif, semua ini sesuai dengan firman Allah swt :

“kamu adalah ummat yang terbaik ( Menyerlah jauh daripada biasa ) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dar yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah fasik “ ( Ali Imran – 110 )


5. Objektif IKRAMTeens

Menggerakkan remaja ke arah penghayatan islam yang tulen dan sejati serta berakhlak mulia.
Melahirkan barisan remaja yang memiliki ciri-ciri islamik, unggul dan kontemporari bersedia untuk menghadapi cabaran semasa.
Menyediakan remaja yang berkepimpinan dan berwawasan tinggi untuk menerajui barisan kepimpinan ummah, masyarakat dan negara.
Mewujudkan remaja yang mampu menyantuni, berinteraksi, memberi manfaat dan menyumbang kepada masyarakat serta institusi nya.

6. Struktur institusi

Beroperasi diperingkat Pusat, Negeri dan Daerah.
Satu institusi dibawah Sekretariat Remaja IKRAM Pusat ( SRIP )

7. Syarat Keahlian institusi 

Terbuka kepada semua remaja islam berumur antara 12 hingga 19 tahun.
Masih bersekolah (merujuk kepada umur 18 & 19).
Mengisi borang keahlian ( termasuk secara online )
Membayar wang pemprosesan.
Mendapat kebenaran dari ibu bapa.
Keahlian mengikut negeri.

** Kad ahli akan dikeluarkan
** Remaja bukan Islam boleh bersama dengan menjadi ahli FiT (Fan IKRAMTeens )


8. Aktiviti yang akan dijalankan – mempunyai ciri dan merangkumi aspek mental, jasad dan rohani (MENTaRi)

Pembangunan Sakhsiah
Pembangunan Ilmu dan Minda
Pembangunan Amal
Kecemerlangan Akademik
Pembangunan Kemahiran Diri
Pemimpin dan Kepimpinan
Bijak IT dan Celik Media
Perkhemahan dan aktiviti lasak
Sukan dan rekreasi.
Hiburan, Seni dan Kebudayaan
Survival hidup / Kendiri
Penulisan dan penerbitan
Prihatin Masyarakat
Program  Kesedaran Ummah Antarabangsa
Interaksi antara Kaum dan Agama
Amar maarof nahi mungkar
Masjid Mesra Remaja


9. Faedah keahlian

Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik.
Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea serta potensi melalui aktiviti yang dijalankan.
Berpeluang untuk mengenali dan saling berinteraksi bersama ahli.
Meneruskan aktiviti dalam Belia IKRAM dan Mahasiswa IKRAM

10. Permohonan Ahli – Sila dapatkan borang keahlian IKRAMTeens di cawangan daerah IKRAMTeens.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.